Connect with us

Oh! Media

Yamaha Y15ZR Versi V2 Dijangka Akan Dilancarkan Ahad Ini

Umum

Yamaha Y15ZR Versi V2 Dijangka Akan Dilancarkan Ahad Ini

Ahad ini bersamaan 24 Mac, Yamaha Malaysia melalui Hong Leong Yamaha Malaysia dikatakan akan melancarkan Yamaha Y15ZR versi V2.

ADVERTISEMENT

Bagi edisi V2 2019 kali ini, ada banyak perubahan yang dapat dilihat dari rekaan muka hadapan apabila ia menggantikan lampu utama hadapan yang lebih nipis dengan tiga kolum berbeza dan menggunakan mentol lampu LED bagi menggantikan mentol jenis halogen yang lebih terang.

Meter yang digunakan juga sepenuhnya LCD dan ia hadir dengan latarbelakang biru sama seperti Yamaha NVX tetapi lebih kecil.

Walaubagaimanapun, pihak Hong Leon Yamaha Malaysia masih tidak mendedahkan model terbaharu yang akan mereka lancarkan yang akan diadakan di Jasin Melaka bersempena dengan pembukaan pusingan pertama perlumbaan Petronas Sprinta cub prix.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas