Connect with us

Oh! Media

Wilayah Ganzu China Ditelan Ribut Pasir

Umum

Wilayah Ganzu China Ditelan Ribut Pasir

Sebuah bandar di Gansu, China dilaporkan telah hilang dan orang ramai bertempiaran lari mencari tempat perlindungan setelah ribut pasir melanda wilayah berkenaan.

ADVERTISEMENT

Kesan dari itu, jarak penglihatan hanya sejauh 10 meter dan mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya, menurut laporan Media China.

Mengikut sejarah Koridor Hexi, keluasan wilayah itu merangkumi 1,000 Kilometer (KM) dan secara keseluruhan wilayah itu ‘ditelan’ oleh ribut pasir kira-kira 4 petang sekaligus mengakibatkan aktiviti pertanian, pengangkutan dan aktiviti luar terpaksa dihentikan serta merta.

“Waktu pagi cuaca cerah namun setibanya petang, cuaca berubah dan muncul seperti ‘tembok pasir’ dengan paras ketinggian kira-kira 100 meter.

“Disusuli dengan angin kencang, ribut pasir itu ‘menelan’ bandar dengan pantas,” kata penduduk Zhangye.

Menjelang jam 7 malam, udara di bandar-bandar Jiayuguan, Jiuquan, Zhangye, Jinchang dan Wuwei ‘teruk tercemar’ dan laporan merekodkan indeks kualiti udara berada pada paras paling berbahaya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas