Connect with us

Oh! Media

WHO lindungi China Tentang Penciptaan Covid-19?

Who

Oh! Tidak

WHO lindungi China Tentang Penciptaan Covid-19?

Sedang seluruh negara mengalami penderitaan Covid-19, sedang itu jugalah pelbagai teori dikeluarkan oleh pengkaji-pengkaji terkemuka berkaitan asal-usul Covid-19 dan antara teori yang paling terkenal dan sedang diperbahaskan adalah teori berkaitan Covid-19 dicipta oleh China sendiri.

Terdahulu, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh Prof. Angus Dalgleish dan Dr. Birger Sorensen, yang mana mereka mendapati terdapat pelbagai bukti bahawa Covid-19 itu dicipta di sebuah makmal di Wuhan termasuklah menjumpai ‘elemen utama’ yang dijumpai di gua kelawar di dalam virus Covid-19 sekaligus menguatkan teori tersebut.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa pihaknya tidak boleh lagi ‘memaksa’ China untuk menyalurkan lebih banyak data atau maklumat mengenai asal-usul Covid-19 sebaliknya mencadangkan agar menjalankan kajian lain untuk mengenal pasti keberadaan virus itu.

IKLAN

Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendesak China atau mana-mana pihak supaya mendedahkan bukti asal usul Covid-19.

Kami sentiasa mengharapkan kerjasama penuh dari semua negara anggota WHO

Teori tentang kebocoran makmal Wuhan tentang asal usul Covid-19 telah mencetuskan pendebatan antara pelbagai pihak dan mendesak pihak berkaitan supaya siasatan penuh mengenai asal usul Covid-19 dilakukan segera walaupun China sekeras-kerasnya menafikan tentang teori itu.

Pasukan Pakar WHO yang mengunjungi Wuhan baru-baru ini turut memaklumkan mereka tidak mampu memperoleh kebenaran untuk mengakses semua data, sekaligus mencetuskan persoalan tentang ketelusan China berhubung virus tersebut.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas