Connect with us

Oh! Media

Web Ahmad Maslan Digodam, Surat Layang Untuk Najib

Umum

Web Ahmad Maslan Digodam, Surat Layang Untuk Najib

Laman web rasmi Timbalan Meneri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini telah digodam oleh pengodam yang bernama Anonymous.

ADVERTISEMENT

Di laman web ahmadmaslan.com tertera perkataan “Suara Rakyat”, “We are anonymous”, “We are legion”, “We do not forgive” dan “Expect us”.

Satu surat layang yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut terpapar pada web tersebut. 

Antara isi surat layang terbabit termasuklah isu GST, 1MDB, POTA dan juga gesaan supaya Najib Razak mengundur diri.

Selain dari surat layang terbabit, laman web itu turut disertakan dengan animasi dan juga muzik yang biasa di dengar dari filem. Malah, satu ruangan komen facebook juga turut di letakkan di dalam laman web terbabit yang kini sudah mengandungi lebih dari 60 komen.

OHMEDIA: Najib ada masa ke nak baca ni semua? Hurm.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas