Connect with us

Oh! Media

Watak Brian O’Conner Akan Dibawa Ke Dalam Furious 9?

Umum

Watak Brian O’Conner Akan Dibawa Ke Dalam Furious 9?

Rasa macam baru sahaja kita dikejutkan dengan kemalangan mengejut melibatkan pelakon utama Fast & Furious, Paul Walker dan sekarang sudah 6 tahun ia berlalu. Kemalangan yang mengejutkan ramai pihak terutama pelakon dan krew filem Furious 7 itu bagaimanapun berjaya diselamatkan adik-beradik Paul Walker iaitu Caleb dan Cody Walker dengan membantu menyelesaikan saki-baki babak.

ADVERTISEMENT

Seperti semua sedia maklum, Fast & Furious 9 kini sedang dalam set penggambaran filem dan pelakon Vin Diesel telah memuat naik satu gambar menunjukkan dia dan Cody sedang bekerja bersama.



Jadi, persoalan yang timbul adalah, adakah watak Brian O’Conner ini akan muncul kembali? Hanya Vindiesel sahaja yang dapat menjawab kerana setakat ini masih belum ada kenyataan dan pengesahan rasmi darinya. Tapi sebenarnya kita sudah dapat menjangkakan kemunculan kepada watak O’Conner ni, kerana Jordana Brewster yang memegang watak Mia Toretto turut telah mengesahkan penglibatan dirinya. Maklumlah, diorangkan suami isteri dalam filem ni.

Apa pandangan korang pula jika watak ini muncul kembali walaupun tanpa Paul Walker? Bagi Ohmedia, produksi Fast & Furious sudah tentu tiada masalah memandangkan Cody dan Caleb sebelum ini juga telah berjaya membawa watak mendiang abangnya dibantu pula dengan penggunaan CGI dan teknologi yang semakin maju. Apa-apa pun kita tunggu hasilnya nanti yang dijangka akan mula ditayangkan pada 22 Mei 2020.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas