Connect with us

Oh! Media

Wartawan Diserang Dan Dicederakan Tentera Israel

Umum

Wartawan Diserang Dan Dicederakan Tentera Israel

Kini dilaporkan Tentera Israel bertindak mencederakan beberapa wartawan Palestin dan antarabangsa semasa sekumpulan petugas media mengadakan protes aman di utara Baitulmaqdis, semalam.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, perhimpunan itu sebagai membantah layanan buruk dan ganas pihak keselamatan Israel terhadap petugas media yang membuat liputan di Tebing Barat.

Bagaimanapun, suasana perhimpunan yang diadadakan berhampiran pos pemeriksaan Qalandiya itu bertukar panik apabila tentera Israel mula melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan terbabit.

Ketua Sindiket Wartawan Palestin, Nasser Abu Bakr antara mangsa yang cedera.

Abu Bakr menegaskan tentera Israel yang bertindak ganas terhadap rakyat Palestin dan petugas media perlu dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, sejak awal tahun ini, pihaknya telah merekodkan kira-kira 7,000 pelanggaran dan serangan terhadap rakyat Palestin oleh tentera Israel.

Sumber: Press TV

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas