Connect with us

Oh! Media

Warga Ireland Stephen Warde Kini Telah Dijumpai Yang Hilang Sejak 1 Januari Lalu

Umum

Warga Ireland Stephen Warde Kini Telah Dijumpai Yang Hilang Sejak 1 Januari Lalu

Sebelum ini, seorang warga Irelang iaitu Stephen Warde dilaporkan telah hilang sejak awal tahun yang lalu pada 1 Januari lepas, namun kini pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa Stphen telah dijumpai.

ADVERTISEMENT

ACP Shaharuddin Abdullah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengesahkan perkara tersebut dan telahpun diserahkan kepada kedutaan.

Ibu Stephen iaitu Mary Morrissey juga telah mengatakan bahawa anaknya telah ditemukan dalam keadaan selamat dan baik serta mereta turut gembira kerana akhirnya dapat berkumpul bersama semula.

“Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pencarian Stephen, termasuk kakitangan Kedutaan Ireland di sini dan pihak polis.

“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua di Kinrara dan kawasan sekitarnya, atas sokongan yang luar biasa dan kebaikan hati mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” tulisnya di akaun facebook.

Baki dana yang dikutip sebelum ini bagi mencari anaknya juga akan disumbangkan bagi tujuan amal dan kini mereka tidak dapat memberikan sebarang komen dan berharap agar dapat diberikan ruang bagi mereka sekeluarga menenagkan emosi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas