Connect with us

Oh! Media

Warga Bangladesh Dipenjara 6 Tahun Selepas Mengaku Bersalah

Banglapng

Umum

Warga Bangladesh Dipenjara 6 Tahun Selepas Mengaku Bersalah

Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara enam tahun lapan bulan, denda RM30,000 serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Imigresen di Pekan Nanas, dekat sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan.

Hakim Zahilah Md Yusof mengarahkan hukuman dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan terhadap Md Mohiuddin Mamun, 40.

Buruh binaan itu menghadapi 14 pertuduhan menyimpan pasport milik orang lain, satu pertuduhan salah guna pas dan satu lagi pertuduhan cuba untuk membuat, memalsukan atau meminda sesuatu dokumen untuk digunakan sebagai suatu visa, permit, pas atau kelayakan, di bawah Akta Imigresen 1959/63.

IKLAN

Tertuduh didapati melakukan kesemua kesalahan berkenaan pada 27 Ogos tahun ini di dua lokasi iaitu di sebuah premis dan sebuah rumah sewa di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, antara pukul 4 hingga 5 petang.

Sumber: Bernama

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas