Connect with us

Oh! Media

Wanita Hamil Meninggal Dunia Apabila Dibedah Doktor Mabuk

Umum

Wanita Hamil Meninggal Dunia Apabila Dibedah Doktor Mabuk

Dunia, pihak polis India menahan seorang doktor apabila didapati melakukan pembedahan Caesarean ke atas seorang wanita hamil ketika sedang dalam keadaan mabuk.

ADVERTISEMENT

Kamini Chachi yang sakit hendak bersalin dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan pada Isnin lalu, namun selepas beberapa jam, keluarga mangsa diberitahu bahawa bayi Kamini telah meninggal dunia, manakala wanita itu mengalami pendarahan teruk.

Ahli keluarga Kamini kemudian mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sebuah hospital swasta, namun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Dr Lakhani menghubungi pihaknya kerana bimbang diserang keluarga mangsa setelah mengetahui tentang kematian itu.

“Ketika tiba di hospital, kami mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk, dan kami menahannya,” kata seorang anggota polis.

Ujian ‘breathalyser’ terhadap doktor senior berkenaan mengesahkan beliau mabuk.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas