Connect with us

Oh! Media

Wanita Buruan Polis Komen “Hodoh” Pada Gambar Sendiri Di Facebook

Umum

Wanita Buruan Polis Komen “Hodoh” Pada Gambar Sendiri Di Facebook

Landry, seorang gadis berusia 18 tahun bertindak menulis komen “hodoh” pada gambarnya yang disiarkan di laman Facebook St Martin Crime Stoppers. Dia yang menjadi buruan polis akibat terbabit dengan satu pembunuhan di Park, Los Angeles.

ADVERTISEMENT
Menurut Daily Mail, Landry menulis di ruang komen Crime Stoppers bahawa ‘gambar itu hodoh’ dan meminta Crime Stoppers ‘membuat kerja dengan betul.’ Gadis itu juga ‘mempermainkan’ Crime Stoppers dengan menyatakan dia mempunyai gambar lain yang lebih menarik.
Akibatanya, komen Landry telah menarik perhatian polis yang membalas: “Precious Landry anda dialu-alukan datang ke Pejabat Sheriff untuk dirakam gambar baru, atau tunggu sehingga orang lain menangkap anda dan mendapat ganjaran AS$1,000 (RM4,100).”

Landry kemudiannya menyerah diri kepada polis pada hari yang sama. Komen pihak polis berkenaan menjadi tular dan dikongsi lebih 3,000 kali serta menarik lebih 8,000 komen. Namun, 

“Landry sudah menyerah diri kepada pihak berkuasa. Terima kasih atas tip dan maklumat anda,” kata Crime Stoppers dalam status terbaharunya. Wanita itu kini ditahan di Pusat Pemulihan St Martin Parish.
Sumber: MyMetro



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas