Connect with us

Oh! Media

“Walaupun Lebih 400 Pokok Durian Saya Mati, Tetapi Saya Gembira” – Aliff Syukri Anggap Ini Pengalaman Sebagai Petani

Aliff Syukri

Oh! Artis

“Walaupun Lebih 400 Pokok Durian Saya Mati, Tetapi Saya Gembira” – Aliff Syukri Anggap Ini Pengalaman Sebagai Petani

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri. Usahawan kosmetik terkenal negara yang gemar untuk mencuba sesuatu yang baharu.

BACA: “Nasib Perasan Sebab Ada Bau Asap” – Rumah Aliff Syukri Nyaris Diljilat Api

Terbaru, Datuk Aliff Syukri berkongsi pengalamannya dalam menceburi bidang pertanian menanam pokok durian jenis Musang King.

IKLAN

Ujarnya menerusi hantaran di Instagram, dia berasa gembira meskipun lebih 400 pokok durian Musang King nya mati kerana ia merupakan satu pengalaman untuk membantu dirinya menjadi seorang petani yang lebih matang.

Kini durian saya dah 5 bulan.. syukur walapun lebih 400 pokok durian saya mati tapi saya happy sangat..sebab ini semua pengalaman.. menjadikan saya lebih matang menjadi petani

Baru tahu kenapa harga Musang King mahal

Menurut Datuk Seri Aliff Syukri lagi, selepas dia mula menanam pokok durian Musang King ini barulah dia sedar akan harganya yang mahal. Ini kerana pokok durian ini sangatlah sukar dan rumit untuk dijaga.

Dulu saya tak faham..knp buah durian musang king ini mahal sgt?? Tapi bila saya dah tanam pokok ni baru tau.. bukan senang nak jaga pokok durian ni Ada 1001 masalah.

Kami berharap agar Datuk Seri Aliff Syukri terus cekal dalam apa jua perkara yang Datuk ceburi.

Kredit: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas