Connect with us

Oh! Media

“Nasib Perasan Sebab Ada Bau Asap” – Rumah Aliff Syukri Nyaris Diljilat Api

Alifsyukri

Trending

“Nasib Perasan Sebab Ada Bau Asap” – Rumah Aliff Syukri Nyaris Diljilat Api

Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida berkongsi detik cemas apabila salah sebuah bilik di rumahnya terbakar dipercayai akibat powerbank.

BACA: Ini 5 Benda Yang Perlu Korang Elak Tinggal Dalam Kereta!

Menerusi hantaran di Instagram itu, kelihatan api membakar tilam dan asap berkepul-kepul memenuhi ruangan bilik sehingga ke luar. Suaminya, staf dan anak-anak cuba memadamkan kebakaran dengan mencurahkan air.

IKLAN

Jelas Datin Shahida, bilik itu digunakan oleh salah seorang stafnya. Mereka bernasib baik api tidak merebak ke kawasan lain kerana kebakaran dapat dipadamkan dengan segera.

Ya Allah syukur la nasib perasan sebab ada bau asap. Rupanya punca dia daripada power bank.

Bilik staff saya Idris yang terbakar. Lepas ni power bank kalau tengah panas-panas lepas charged jangan letak atas katil gais.

Usahawan ini menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan powerbank yang panas di atas katil. Katanya lagi, walaupun ianya hanyalah perkara kecil dan kadang kala ramai yang terlepas pandang, ianya sebenarnya mengundang risiko kebakaran.

Sementara itu, Datuk Aliff Syukri berkata itu merupakan pengalaman yang amat menakutkan. Dia mendengar anak-anak, pengawal, pembantu rumah dan penghuni yang lain menjerit-jerit dan asap memenuhi ruang rumah.

Nasib baiklah semua selamat, hati-hati korang!

Kredit: Instagram Nur Shahida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Ketua Penulis Editorial
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas