Connect with us

Oh! Media

Waktu Berbuka Penduduk Di Burj Khalifa Berbeza Mengikut Ketinggian

Umum

Waktu Berbuka Penduduk Di Burj Khalifa Berbeza Mengikut Ketinggian

Burj Khalifa yang merupakan banggunan tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini telah memperingatkan penduduk di bangunan pencakar langit berkenaan bahawa ada perbezaan waktu berbuka puasa bagi setiap ketinggian.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dijelaskan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal UAE bahawa penduduk di tingkat 163 perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka berbanding mereka yang berada di aras yang lebih rendah.

Jabatan tersebut mengeluarkan pekeliling menetapkan tempoh berpuasa penduduk yang tinggal antara tingkat 60 dan aras 120 adalah empat minit lebih lama berbanding kawasan lain di Dubai.

“Mereka yang tinggal di tingkat 121 dan ke atas pula perlu berpuasa enam minit lebih lama manakala waktu solat subuh adalah tiga minit lebih awal,” jelas jabatan itu lagi.

Berdasarkan kajian lain, ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson menerusi thenational.ae yang dikeluarkan kelmarin, waktu berbuka puasa unik di Burj Khalifa adalah kerana matahari terbenam agak lambat di tingkat paling atas menara yang menjadi kebanggaan di Dubai itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas