Connect with us

Oh! Media

Wakil Malaysia di MotoGP Menambahkan Kehadiran Penonton Ke SIC

Umum

Wakil Malaysia di MotoGP Menambahkan Kehadiran Penonton Ke SIC

Sambutan penonton yang melepasi sasaran awal pada hari perlumbaan MotoGP Malaysia semalam, meyakinkan pihak promoter sukan permotoran negara, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) untuk mengekalkannya pada edisi depan.

ADVERTISEMENT

“Saya memang tidak sangka lebih daripada 100,000 penonton datang pada hari perlumbaan.

“Ini menunjukkan kita mendapat sokongan padu rakyat Malaysia dan juga pelancong luar negara, khususnya peminat sukan permotoran,” kata ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali ketika ditemui pemberita di Litar Sepang, semalam.

Menurut statistik kehadiran penonton pada hari perlumbaan semalam sahaja mencecah 103,984 penonton, sementara pada sesi latihan bebas dan sesi kelayakan pada Jumaat dan Sabtu, masing-masing mencatat 24,476 dan 41,367 orang.

Kehadiran penonton pada hari perlumbaan (Ahad) itu mengatasi rekod penganjuran sebelum ini iaitu 97,457 orang tahun lalu dan 95,316 orang pada 2016.

Sementara jumlah kehadiran penonton untuk tiga hari bermula dengan sesi latihan bebas pada Jumaat untuk tahun ini ialah 169,827 orang berbanding 166,486 orang tahun lalu.

Pada 2016, sejumlah 161,553 penonton direkodkan sepanjang tiga hari bermula dengan sesi latihan bebas.

“Seperti kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam buku program tahun ini, perlumbaan MotoGP adalah flagship untuk Malaysia kerana adanya pelumba Malaysia yang bertanding…sebab kita mendapat sokongan kuat,” kata Razlan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas