Connect with us

Oh! Media

“Wabak Kes Influenza Like Illness (ILI) Menular Di Negeri Sembilan” – S Veerapan

Umum

“Wabak Kes Influenza Like Illness (ILI) Menular Di Negeri Sembilan” – S Veerapan

Peningkatan wabak kes Influenza Like Illness (ILI) atau jangkitan salur pernafasan dilaporkan semakin menular di negeri ini, apabila merekodkan sebanyak 168 kes sejak awal tahun ini sehingga 6 Julai lalu.
Mengulas mengenai wabak itu, S. Veerapan berkata, ILI meliputi pelbagai jenis influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku di dalam komuniti secara bermusim. tambahnya, penyakit ini menyebabkan seseorang itu demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk menyebabkan radang paru-paru (pneumonia). Bagaimanapun katanya, penyakit itu tiada kaitan dengan pencemaran udara atau sungai.
“Penyakit ini disebabkan virus dan ditularkan melalui jangkitan pernafasan, jadi orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan jika mempunyai gejala jangkitan salur pernafasan, elakkan ke tempat tumpuan ramai, memakai penutup hidung dan mulut serta mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

ADVERTISEMENT

+Baca respon pembaca di Oh! Media


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas