Connect with us

Oh! Media

Virgin Airlines Tamat Perjanjian Bersama Royal Brunei Airlines

virginamericalastflight1 680x365 cjpg

Umum

Virgin Airlines Tamat Perjanjian Bersama Royal Brunei Airlines

Nampaknya lebih banyak lagi pihak-pihak yang semakin panas dengan keputusan kerajaan Brunei yang kini telah melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya pada Rabu lalu.

Kini, giliran syarikat penerbangan Virgin Airlines pula membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian yang dibuat mereka bersama Royal Brunei Airlines sebagai tindak balas berhubung perkara itu.

Virgin Airlines yang dimiliki oleh Richard Branson merupakan syarikat kedua terbesar selepas Qantas dan kini membatalkan perjanjian yang sepatutnya memberi kelebihan kepada kakitangan mereka untuk dapatkan harga tiket di Royal Brunei Airlines dengan diskaun yang tinggi bagi penerbangan percutian.

IKLAN

“Hukuman yang berat termasuk hukuman mati diperkenalkan sebagai undang-undang terhadap tindakan atau perlakuan yang sah di Australia, perjanjian myID (perjalanan staf) antara Virgin Australian dan Royal Brunei dibatalkan serta-merta,” tulis e-mel yang dihantar Virgin kepada kakitangan mereka.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas