Connect with us

Oh! Media

Vietnam Akui Sukar Untuk Hadapi Pemain Ke-12 Negara

malaysia vs vietnamjpg

Umum

Vietnam Akui Sukar Untuk Hadapi Pemain Ke-12 Negara

Berikutan aksi Final pertama di antara Malaysia menentang Vietnam malam ini, ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo mengakui sokongan padu penyokong Malaysia memberikan kesukaran buat anak didiknya untuk berkomunikasi pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Sambil mengharapkan pemainnya mampu mengatasi tekanan, Hang Seo tetap percaya saingan mampu diberikan pemainnya.

“Kami akui kehadiran penyokong memberi sedikit kesukaran, apa pun pemain diingatkan agar fokus dan tenang,” jelasnya.

IKLAN

Memandangkan aksi timbal balik memberikan kelebihan jaringan tempat lawan, Hang Seo enggan meletakkan sebarang sasaran tinggi pada aksi malam ini.

“Saya enggan menjawab persoalan ini, ” tegasnya.

Pelbagai tekanan dahsyat daripada puluhan ribu penyokong Malaysia pastinya dirasai pemain Vietnam melihat jualan tiket 80,000 yang habis dijual.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas