Connect with us

Oh! Media

(Video)Bangunan Pencakar Langit China Bergoyang, Orang Awam Lari Ketakutan

Umum

(Video)Bangunan Pencakar Langit China Bergoyang, Orang Awam Lari Ketakutan

Kejadian aneh berlaku di Beijing, China apabila salah satu sebuah pencakar langit di sana terpaksa dikosongkan selepas bangunan itu mula bergoyang dan mengakibatkan orang ramai lari ketakutan untuk menyelamatkan diri di Bandar Shenzhen, selatan hari ini.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan video yang dirakam oleh orang awam, bangunan pencakar langit itu bergegar di bahagian dasar mengakibatkan orang awam yang berhampiran bangunan itu melarikan diri akibat ketakutan.

Bangunan tersebut yang bernama SEG Plaza yang hampir setinggi 300 meter itu mula bergegar sekitar 1 tengah hari menyebabkan pihak berkuasa bertindak mengosongkan bangunan tersebut.

Bangunan tersebut yang siap pada tahun 2000 yang mana menempatkan premis barangan elektronik itu masih disiasat oleh pegawai pengurusan tentang faktor yang menyebabkan ia bergoyang

Apa yang aneh dalam kejadian ini, analisis data menunjukkan tiada kejadian gempa bumi berlaku dan tiada keretakan pada bangunan serta kawasan sekitar.

Selepas memeriksa dan menganalisis data beberapa stesen pengawasan gempa bumi di seluruh Shenzhen, tiada gempa bumi berlaku di bandar ini hari ini.

Pihak berkuasa mereka masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian menara pencakar langit itu bergoyang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas