Connect with us

Oh! Media

(Video) Tulisan Jawi Pada Signboard Stesen Minyak Di Genting Highland, Masih Ada Pihak Yang Takut Dengannya!

Ohmedia jawi 1png

Umum

(Video) Tulisan Jawi Pada Signboard Stesen Minyak Di Genting Highland, Masih Ada Pihak Yang Takut Dengannya!

Tular di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan sebuah video dimana sebuah stesen minyak di Genting Highland menggunakan tulisan jawi pada signboard mereka. Ohmedia masih tak faham, kenapa masih ada pihak yang begitu takut dengan tulisan jawi ini meskipun, setakat yang Ohmedia tahu, tulisan ini tidak lagi dilaksanakan disekolah.

Video berkenaan merupakan video bahasa tamil yang telah diterjemah oleh seseorang dengan sarikata dibawah video berkenaan yang memaparkan betapa golonagan ini begitu takut dengan tulisan jawi. Sampai minta mereka, mungkin golongan yang menolak jawi ini berhati-hati, kerana dia mendakwa stesen minyak berkenaan pemiliknya orang cina tapi menggunakan tulisan jawi.

IKLAN

Tambahnya dalam video berkenaan, tidak mustahil penggunaan jawi akan meluas keseluruh negara. Haihhhh… macam manalah orang macam ni boleh duduk kat Malaysia, tiada semangat perpaduan langsung! Jawi itu sekadar tulisan, dia tidak menjejaskan pegangan seseorang walaupun mempraktikkan tulisan jawi. Ohmedia tengok elok je uncle yang duduk Kuala Selangor praktik tulisan jawi selama 40 tahun, tak bertukar pun agama dia.

Jadi nasihat Ohmedia kepada orang ni, hentikanlah sikap begini. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersatu padu memandang kita adalah masyakarat yang terdiri dari berbilang etnik. Jangan dirosakkan keharmonian yang sedia ada.

Sumber: Twitter @LiliSephia

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas