Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) PM Turun Padang Agih Daging Korban, Reaksi Kanak-Kanak Ini Curi Perhatian Netizen

Budkkk

Oh! Tidak

(VIDEO) PM Turun Padang Agih Daging Korban, Reaksi Kanak-Kanak Ini Curi Perhatian Netizen

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke rumahnya bagi mengagihkan daging korban semalam.

Klip video yang dikongsikan oleh Kosmo di laman Facebook menunjukkan reaksi kanak-kanak lelaki yang terlalu teruja dan terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri sehingga meraih perhatian netizen apabila dengan selamba menyapa beliau dengan nama panggilan Muhyiddin Yassin.

Eh Muhyiddin Yassin lah?

Menerusi video berdurasi satu minit lima saat itu, Muhyiddin yang menghulurkan bungkusan daging korban di rumah berkenaan turut bertanyakan khabar keluarga kanak-kanak tersebut yang berada di dalam rumah terbabit.

IKLAN

Muhyiddin juga turut bertanyakan tentang tempat persekolahan kanak-kanak itu selain turut melayan karenah mereka yang seakan-akan tidak percaya dengan kehadiran Perdana Menteri itu.

Meninjau pada ruangan komen, terdapat netizen yang memuji tindakan kanak-kanak itu yang dilihat mengenali Perdana Menteri serta mempunyai adab yang baik kerana menegur dengan sopan walaupun dengan nama panggilan Muhyiddin Yassin.

Photo6323192012022590746 1
Photo6323192012022590747 1

Walaubagaimanapun, segelintir netizen dilihat memuji tindakan Perdana Menteri itu yang menziarahi dari rumah ke rumah untuk mengagihkan daging korban dan melayan karenah kanak-kanak tersebut seakan-akan melayani anak sendiri.

Setakat ini, video yang telah dikongsikan itu telah mendapat 1,500 tanda suka serta 97,000 jumlah tontonan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas