Trending
Abdul Hadi Awang Dijangka Gantikan Tempat Muhyiddin Yassin
Abdul Hadi Awang berpotensi dilantik sebagai Pengerusi PN bagi ganti Muhyiddin Yassin. Bersatu Kelantan anggap ia langkah logik.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan melihat kemungkinan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
Menerusi laporan Sinar Harian, perkara itu dilihat berasas memandangkan hanya Pas dan Bersatu merupakan parti besar dalam gabungan PN ketika ini dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor.
“Dalam PN Hanya Dua Parti Besar” – Kamarudin Md Nor

Menurut Kamarudin, berdasarkan struktur dan Perlembagaan PN, jawatan Pengerusi kebiasaannya disandang oleh ketua parti utama dalam gabungan tersebut.
Dalam PN hanya mempunyai dua parti besar iaitu Bersatu dan Pas berbanding parti lain, jadi logiknya Pengerusi PN mungkin dari Pas.
Ikutkan Perlembagaan PN, mereka yang mengetuai PN adalah ketua parti masing-masing dan jika Pas yang mengetuai PN nanti, sudah tentulah Tan Sri Abdul Hadi,” katanya.
Muhyiddin pernah tawar jawatan kepada Abdul Hadi Awang

Kamarudin yang juga Timbalan Pengerusi PN Kelantan turut mendedahkan bahawa Muhyiddin sebelum ini pernah menawarkan jawatan Pengerusi PN kepada Abdul Hadi, namun pelawaan tersebut ditolak ketika itu.
Kami di Bersatu tidak ada masalah sekiranya Pengerusi PN yang dilantik nanti adalah dari Pas.
Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan mengenai jawatan Pengerusi PN dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat selepas perbincangan antara pimpinan gabungan dibuat.
Untuk rekod, Muhyiddin Yassin menerajui PN sejak 7 Ogos 2020 dan secara rasmi melepaskan jawatan tersebut selepas lima tahun memimpin gabungan berkenaan.
Pssttt! Dalam politik gabungan, peralihan kuasa adalah lumrah. Apa yang penting, kestabilan dan hala tuju parti perlu terus dijaga demi kepentingan rakyat.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM