Connect with us

Oh! Media

Video Lucah Tersebar, Zul Ariffin Jelaskan Wajahnya Jadi Mangsa Deepfake Seperti Mark Zuckerberg

Zulpng

Umum

Video Lucah Tersebar, Zul Ariffin Jelaskan Wajahnya Jadi Mangsa Deepfake Seperti Mark Zuckerberg

Semalam heboh lagi di media sosial dengan tersebarnya satu video menunjukkan seorang pelakon lelaki popular, Zulkifli bin Ariffin yang sedang melakukan aksi lucah yang memaparkan dirinya berbogel.

Ohmedia juga ada menaikkan artikel mengenai perkara itu dimana Zul Ariffin turut telah menutup akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, Zul telah memberi maklumbalas selepas teruk dikecam dan tidak mahu peminat tersalah anggap terhadap dirinya.

Artikel sebelum: (Video) Zul Ariffin Tutup Akaun Instagram Sebab Video Lucah Tersebar? Seriously!?

IKLAN

Zul yang dikenali dengan badan yang sado dan rupa yang kacak telah memaklumkan yang video yang tersebar itu bukanlah dirinya dan dia telah menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab dengan menggunakan visual wajahnya.

Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya, senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni. Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja… – Kata Zul.

Untuk pengetahuan korang, aplikasi deepfake ini mampu menggunakan wajah sesiapa sahaja untuk dipadankan dengan individu lain.

Soal mengapa Zul menutup akaun Instagramnya pula hanyalah kerana dia mahu berehat sebentar dari sosial media dan hanya fokus pada kerjaya. Samaada benar atau tidak, janganlah kita cepat untuk sebarkan ia. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat semua.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas