Connect with us

Oh! Media

Uztazah Nur Farhana Akan Ikuti Proses Pemindahan Guru Seperti Biasa

Umum

Uztazah Nur Farhana Akan Ikuti Proses Pemindahan Guru Seperti Biasa

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, JPN Kedah, berkata akan menempatkan Ustazah Nur Farhana Ibrahim di sekolah berhampiran rumahnya setelah proses pertukarannya dari JPN Pulau Pinang selesai.

ADVERTISEMENT

Pengarah JPN Kedah, Abd. Aziz Selaiman berkata, “Saya difahamkan Pengarah JPN Pulau Pinang baru saja pulang dari Putrajaya bagi membincangkan hal berkaitan ustazah tersebut termasuklah telah berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang melibatkan penyesuaian perkhidmatan beliau.

“Sekarang kita hanya menunggu semua proses di JPN Pulau Pinang selesai,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Ustazah Farhana telah menjadi tumpuan netizen dan pihak berwajib apabila didapati hilang dan tidak pulang ke rumah pada 14 Januari lepas.

Ustazah terbabit itu pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dan dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang-alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sebuah sekolah di sana.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas