Connect with us

Oh! Media

Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Akan Ditayangkan di Vietnam dan Indonesia

Umum

Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Akan Ditayangkan di Vietnam dan Indonesia

Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara hari ini bakal menarik ramai peminat animasi tanah air menonton filem Upin Ipin setelah kejayaan mereka dalam filem Upin Ipin: Geng Pengembaraan Bermula 10 tahun yang lepas.

ADVERTISEMENT

Malah lebih membanggakan apabila sebentar tadi, Hj Buhanuddin Md. Radzi ada mengumumkan dalam facebook miliknya bahawa Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal telah melepasi pasaran luar apabila telah mendapat tarikh tayangan di Vietnam pada 26 April 2019 dan Indonesia pula akan ditayangkan pada 9 May 2019.

Malah, Menteri Pendidikan, Dr Maszle Malik, menyifatkan Upin & Ipin boleh menjadi ejen kesusasteraan Melayu berikutan banyak elemen berkaitan Melayu dalam filem animasi ini.

“Saya minta pasukan produksi meletak penanda aras dan untuk itu, mereka mesti tekankan aspek teknikal terlebih dulu.

“Semua karya Les’ Copaque mesti asli dan kita cuba ketengahkan budaya serta cerita kita ke dalamnya.

“Dari segi teknikal, saya cabar pasukan produksi, kalau filem Star Wars boleh mengeluarkan ‘benda-benda’ pelik, kenapa kita tidak boleh berimaginasi menggunakan persekitaran kita dan inilah hasilnya,” kata Burhanuddin.

Untuk pengetahuan korang, filem Upin Ipin kali ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan dan menelan kos keseluruhan sebanyak RM20 juta.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas