Connect with us

Oh! Media

Upin Ipin Gagal Mara Ke Peringkat Akhir Oscar, 1 Lagi Dokumentari Pendek Terbitan Anak Malaysia Tercalon

Umum

Upin Ipin Gagal Mara Ke Peringkat Akhir Oscar, 1 Lagi Dokumentari Pendek Terbitan Anak Malaysia Tercalon

Mungkin ramai yang tahu yang filem animasi tempatan Upin & Ipin di bawah Les’ Copaque telah berjaya disenaraikan untuk anugerah Oscar, tetapi sayangnya filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal gagal meneruskan langkah mereka untuk tercalon dalam senarai akhir anugerah Oscar ini.

ADVERTISEMENT

Saingan cukup kuat dan akhirnya hanya 5 animasi sahaja berjaya ke peringkat akhir iaitu filem Toy Story 4, How To Train Your Dragon: The Hidden World, Klaus, Missing Link dan I Lost My Body.

Walaupun impian kita untuk melihat kejayaan anak Malaysia tidak tercapai, tapi korang jangan terlupa yang kita ada satu lagi filem ciptaan anak tempatan yang berjaya ke peringkat akhir Oscar.
Berjaya tersenarai dalam Documentary Short Subject bertajuk St Louis Superman dan ia diterbitkan anak tempatan dari Sarawak iaitu Chayenne Tan dan dari Pulau Pinang iaitu Teng Poh Si.

Jadi semoga meraka berjaya mencipta nama dalam anugerah Oscar yang akan berlangsung pada 10 Februari 2020 dan akan ditayangkan di lebih 200 buah negara.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas