Connect with us

Oh! Media

United Kongsikan Kos Pemecatan Mourinho Adalah Sebanyak RM102.3 Juta

jose mourinho man utd 2018 19 1vcloom8wympb14bnfrg6pc057jpg

Umum

United Kongsikan Kos Pemecatan Mourinho Adalah Sebanyak RM102.3 Juta

Berikutan dengan pemecatan Jose Mourinho dari jawatan Pengurus pasukan Manchester United tempoh hari, ia memaksa kelab itu untuk membayar hampir RM104.4 juta.

Sejumlah £19.6 juta (RM102.3 juta) yang disenaraikan di bawah ‘perkara luar biasa’ dalam keputusan suku kedua kelab, termasuk pembayaran pampasan terhadap staf Mourinho yang menyertainya selepas dipecat pada Disember lalu.

Walaubagaimanapun, khidmat pengurus sementara Solskjaer telah menyelamatkan sedikit sebanyak nasib United apabila kini menghuni tangga keempat liga dengan kelab itu ketinggalan 11 mata daripada tiket ke saingan Liga Juara-Juara itu ketika ditinggalkan Mourinho.

IKLAN

“Pelantikan Ole dan Mike (Phelan) sebagai pengurus sementara dan pembantu pengurus… memberikan impak positif terhadap kelab,” kata Woodward.

“Kami gembira dengan peningkatan terhadap persembahan pasukan sejak Disember dan kami berusaha keras untuk mendapatkan penamat yang baik bagi musim 2018/19.”

Menerusi laporan, kelab itu mengumumkan pendapatan £208.6 juta (RM1.09 bilion) bagi suku pertama tahun ini, yang diubah kepada pendapatan sebelum sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak £104.3 juta (RM545 juta) dan keuntungan operasi £44 juta (RM229.9 juta).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas