Connect with us

Oh! Media

UniSZA Berhasrat Untuk Melantik A Samad Said Sebagai Sasterawan Mereka

Samadsaidpuisi 15343026742b252812529jpg

Umum

UniSZA Berhasrat Untuk Melantik A Samad Said Sebagai Sasterawan Mereka

Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA melalui Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah menyampaikan hasrat pihak mereka untuk memberikan penghormatan kepada Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said. untuk dilantik sebagai Sasterawan UniSZA.

A Samad Said atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad bakal dilantik di bawah program penempatan Sasterawan Negara.

“Saya sendiri menyampaikan hasrat UniSZA untuk menempatkan Sasterawan Negara terulung itu di UniSZA dalam satu pertemuan semalam dan pada asasnya beliau menzahirkan persetujuan dengan tawaran kami.

IKLAN

“UniSZA percaya langkah ini akan memberi sumbangan yang besar bagi berkongsi ilmu dan menyebar luas karya-karya beliau kepada pelajar dan masyarakat,” katanya.

UniSZA akan menyerahkan surat rasmi kepada Pak Samad pada 9 Mac depan apabila beliau menghadiri satu program khas di universiti terbabit.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas