Connect with us

Oh! Media

UFC Menghukum dan Menggantung McGregor dan Khabib

322 khabib nurmagomedov vs conor mcgregor0jpg

Umum

UFC Menghukum dan Menggantung McGregor dan Khabib

Conor McGregor dan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov masing-masing dikenakan denda dan penggantungan oleh Suruhanjaya Sukan Nevada susulan pasca pertarungan luar biasa yang meletus di Las Vegas, 6 Okotober lalu.

Salinan perjanjian hukuman itu menunjukkan suruhanjaya berkenaan mengundi untuk mengenakan penggantungan selama sembilan bulan dan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.05 juta) kepada Nurmagomedov.

IKLAN

Manakala McGregor digantung enam bulan dan denda AS$50,00 (RM205,358) di atas pergaduhan yang tercetus selepas Nurmagomedov mempertahankan gelarannya.

Kedua-dua hukuman itu berkuatkuasa pada 6 Oktober –tarikh pertarungan berlangsung – dan hukuman penggantungan Nurmagomedov boleh dikurangkan sebanyak tiga bulan jika dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan menyebarkan mesej kempen anti buli.

Dalam reaksinya terhadap hukuman itu, Nurmagomedov memuatnaik entri di Twitter dengan berkata: “Politik selamanya.”

Pengurus McGregor, Audie Attar dalam kenyataannya berkata: “Kami bersyukur dengan keputusan yang dibuat suruhanjaya dan keputusan itu membolehkan peminat kembali menyaksikan pejuang mereka kembali ke Octagon.”

Dalam insiden itu, Nurmagomedov tidak melepaskan cengkamannya selepas McGregor sudah mengalah sebelum petinju dari Russia itu keluar gelanggang untuk menyerang ahli kumpulan McGregor.

Sumber: Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas