Connect with us

Tun Mahathir Tetap Menegaskan Israel Tidak Sepatutnya Masuk Ke Malaysia

Umum

Tun Mahathir Tetap Menegaskan Israel Tidak Sepatutnya Masuk Ke Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini telah menegaskan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangkan negara ini tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel.

Ini kerana, Malaysia mempunyai hal untuk menghalang sempadan negara ini dari dimasuki sesetengah orang yang dilihat banyak membuat perkara salah.

“Banyak negara hari ini melihat orang luar datang ke negara mereka dan amat tidak gembira mengenainya. Mereka gulingkan kerajaan kerana membenarkan pendatang masuk.

“Jadi, sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan kita berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,”

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya oleh Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson mengenai larangan Malaysia ke atas atlit Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai ini.

“Kita tidak dapat banyak lakukan sesuatu terhadap kerajaan Israel, mereka terlalu berkuasa. Jadi, kita tidak berkata apa-apa mengenai kerajaan Israel namun kita tidak perlu pula untuk menunjukkan persahabatan kepada mereka.”

“Saya tidak memahami ini. Kita bercakap mengenai kebebasan bersuara dan sebaliknya kita tidak boleh berkata sesuatu terhadap Israel, menentang Yahudi, kenapa jadi begitu? Jika kita bebas untuk berkata sesuatu yang kita suka, kita boleh saja katakan, tetapi sebaliknya kita dianggap sebagai anti-Semitik oleh Yahudi.

“Itu hak mereka untuk menegakkan pendapat seumpama terhadap saya, namun ini juga menjadi hak saya untuk memberitahu mereka bahawa mereka telah melakukan terlalu banyak perkara yang salah,” tambah Tun Mahathir lagi.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top