Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Bangga Dengan Perkembangan Proton Bersama Geely

Umum

Tun Mahathir Bangga Dengan Perkembangan Proton Bersama Geely

Berikutan dengan pelancaran model terbaru Proton SUV X70 semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal menghasilkan sebuah ‘kereta Malaysia sejati’ pada masa depan.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata, sejak menjalin kerjasama dengan Geely, kemajuan PROTON jelas terserlah dan kenderaan pertama hasil daripada kerjasama itu, Proton X70 adalah antara buktinya.

“Saya amat berbangga melihat perkembangan PROTON yang sangat hebat dalam tempoh lebih 35 tahun dan saya pasti pada masa depan, lebih banyak reka bentuk dan model kereta yang akan membuatkan Malaysia rasa bangga.

“Mungkin selepas ini, reka bentuk kereta boleh dibuat di Malaysia, diikuti dengan ujian dan sebagainya, sebelum kita berjaya memiliki 100 peratus kereta buatan Malaysia yang dihasilkan di negara ini, dengan kerjasama Geely,” katanya.

Dr Mahathir turut menzahirkan keyakinan Proton X70 akan mendapat penerimaan positif oleh rakyat Malaysia, selain teruja dengan kemampuan kereta itu ‘berkomunikasi’ dengan pemandunya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas