Connect with us

Oh! Media

Tun M Kesal, Tandas Awam Negara Kita Berbau Dan Tidak Bersih!

Umum

Tun M Kesal, Tandas Awam Negara Kita Berbau Dan Tidak Bersih!

Sumber dari Google

Meskipun sudah hampir 62 tahun negara kita merdeka, mentaliti rakyat negara kita masih di takuk lama bila masuk bab penjagaan tandas awam. Bagi Ohmedia, tandas awam ni adalah cerminan diri kita yang sebenar. Kerana ia menunjukkan sikap kita bagaimana kia menjaga kemudahan awam yang disediakan.

ADVERTISEMENT

Bukan Ohmedia saja yang merungut pasal hal ini, bahkan rungutan ni pun disuarakan oleh pemimpin nombor satu kita, Tun Mahathir. Ini bukan kali pertama beliau merungut pasal tandas awam yang kotor, masa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri ke Empat pun beliau ada suarakan masalah ini. Beliau turut membandingkan mengapa Malaysia sebuah negara Islam tidak menitik beratkan kebersihan tandas berbanding dengan negara Jepun yang majoritinya bukan islam mammpu mengekalkan kebersihan tandas awam mereka.

Berdasarkan pengalaman Ohmedia sendiri, Ohmedia pernah cuba guna tandas awam di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tahu apa yang Ohmedia jumpa? tisu yang dicalit dengan najis didalam lubang tandas. Dengan lubang yang kecil, boleh bayangkan tak kalau tandas tu tersumbat? Kan orang lain tak boleh pakai. Kalau puntung rokok tu, tak payah cakaplah, kadang kotak rokok pun Ohmedia jumpa dalam lubang tandas walaupun ada tong sampah disediakan.

Itu belum masuk bab bau tandas yang menusuk “kalbu”. Ni jenis lepas tembak tapi tak flush. Yang paling Ohmedia geram bab paip yang sudah digunakan, tapi tidak disangkut balik dekat tempat penyangkut yang disediakan, malahan dibiarkan diatas lantai lepas digunakan. Tak ada sivik punya orang, kan kotor tu. Paling tak masuk akal, dah bagi jamban duduk, masuk juga nak berak mencangkung, habis kotor jamban dengan tapak kaki. Yang ni Ohmedia cerita pasal tandas lelaki, yang perempuan tak tahulah mungkin korang boleh kongsi dekat ruangan komen di Facebook.

Sepatutnya setelah hampir 62 tahun merdeka, rakyat di negara kita juga perlu ubah mentaliti mereka dalam bab penjagaan tandas awam. Tandas awam ni hak bersama, jadi sama-samalah kita jaga. Tandas awam bukan kita sahaja yang pakai malahan pengunjung dari negara lain. Cuba bayang waktu mereka guna tandas awam, tandas awam tu sedang berbau dan kotor, ini akan beri imej negatif kepada negara kita bab penjagaan kebersihan khususnya tandas awam.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas