Connect with us

Oh! Media

Tun M Bersuara Tentang Melayu Di Kongres Maruah Melayu!

ohmedia kmm 1png

Umum

Tun M Bersuara Tentang Melayu Di Kongres Maruah Melayu!

Sumber gambar dari Sinar Harian

Semalam berlangsung satu kongres yang melibatkan himpunan orang Melayu yang dianjurkan empat IPTA, iaitu Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara bagi membincang serta mencari penyelesaian masalah orang Melayu.

Dalam kongres berkenaan dapat dilihat pihak kerajaan dan pembangkang berkongsi pentas bagi mencari penyelesaian kemelut yang dilanda oleh orang Melayu. Dalam kongres itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini merupakan platform terbaik untuknya menjelaskan lagi apa yang cuba disampaikan oleh beliau sebelum ini yang disalah ertikan oleh segelintir pihak.

Seperti korang semua maklum, sebelum ini Tun M mengeluarkan beberapa kenyataan pedas tentang orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tersinggung. Namun apa yang cuba disampaikan oleh beliau semalam adalah beliau mahukankan orang Melayu sentiasa merebut peluang dan ruang dalam ekonomi yang telah disediakan dan tidak bergantung kepada pertolongan orang lain sehingga diperhamba kerana tak sanggup lakukan kerja tertentu dalam mengubah nasib mereka.

IKLAN

“Apa yang saya perkatakan ini mungkin tidak senang didengari kita semua, tetapi ini semuanya yang berlaku dan inilah yang akan diwarisi oleh generasi muda. Selagi kita tidak tukar cara hidup kita, selagi kita tidak sanggup kerja, hadapi cabaran semasa pekerjaan, selama itulah kita akan ketinggalan,” kata Tun Mahathir

Tambahnya, orang Melayu sahaja yang mampu memulih maruah bangsanya. Namun ia akan menjadi sukar sekiranya, tiada usaha kearah berkenaan. Beliau turut menzahirkan rasa sedih kerana maruah Melayu dipandang hina atas kesalahan mereka sendiri.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas