Connect with us

Oh! Media

Tun Dr Mahathir Jangkakan Skuad Harimau Malaya Peroleh Dua Gol Malam Ini

Umum

Tun Dr Mahathir Jangkakan Skuad Harimau Malaya Peroleh Dua Gol Malam Ini

Untuk perlawanan Final AFF Suzuki Pusingan pertama malam ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pasti ingin melihat kemenangan Harimau Malaya dan menjangkakan skuad Harimau Malaya memperoleh satu atau dua gol untuk malam ini.

ADVERTISEMENT

“Saya harap Malaysia menang, mungkin satu, dua gol pun cukuplah,” katanya apabila ditanya mengenai ramalan keputusan perlawanan berkenaan semasa ditemu bual dalam program Bicara Khas Bersama Perdana Menteri di RTM pada Isnin malam.

Dr Mahathir juga melihat bidang sukan sebagai faktor yang berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan latar belakang.

Mengambil contoh jaguh badminton tersohor negara Datuk Lee Chong Wei, beliau berkata, apabila Chong Wei memenangi sesuatu perlawanan, ia menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

“Di Malaysia, kita terdiri daripada pelbagai kaum, sudah tentu ada perbezaan antara kaum. Tapi dalam bidang sukan kita bersama, yang nak kita lihat ialah kemenangan kepada Malaysia.

“Sebab itu sukan adalah satu acara yang baik bagi kita. Pada masa itu kita lupa tentang keturunan, suku kaum apa dan kita sedar itu adalah pasukan Malaysia dan kita orang Malaysia, kita nak pasukan Malaysia menang,” kata Dr Mahathir.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas