Connect with us

Oh! Media

Tular Jawapan Peperiksaan Bocor Tidak Benar

5b28814b47a65jpg

Umum

Tular Jawapan Peperiksaan Bocor Tidak Benar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan mengatakan kertas soalan bagi tiga subjek peperiksaan SPM bocor seperti yang tular di media sosial.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Lembaga Peperiksaan sudah melakukan siasatan berkenaan dengan aduan yang diterima.

“Lembaga Peperiksaan ingin memaklumkan bahawa berita tentang kebocoran itu adalah tidak benar.

IKLAN

“Tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula kertas yang dinyatakan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian menegaskan ibu bapa mahupun penjaga dan calon tidak perlu bimbang berkaitan khabar angin tersebut.

“Peperiksaan ini telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya.

KPM juga memohon semua pihak agar lebih prihatin, berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak tepat kerana akan mengganggu emosi serta fokus calon termasuk ibu bapa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas