Connect with us

Oh! Media

Tukar Segera 10 Kata Laluan Ini Jika Tidak Mahu Digodam Dengan Mudah

weak passwordspng

Umum

Tukar Segera 10 Kata Laluan Ini Jika Tidak Mahu Digodam Dengan Mudah

Pemilihan kata laluan yang baik dan selamat seharusnya menjadi keutamaan setiap orang, kerana penggunaan kata laluan yang mudah mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk digodam.

Memang ramai di antara kita hanya akan menggunakan kata laluan yang mudah untuk diingat seperi ‘123456; atau ‘abc123’ yang diletakkan di akaun sosial media mahupun akaun peribadi seperti bank dan lain-lain.

Menurut tinjauan yang didedahkan oleh National Cyber Security Center, United Kingdom, terdapat 10 kata laluan yang sering digunakan warga internet.

IKLAN

Ini termasuk nama penyanyi kesayangan, pasukan bola yang disokong dan karakter kartun kegemaran yang terlalu lazim digunakan.


10 kata laluan yang disenaraikan rapuh dan tidak selamat:

– 123456
– blink182
– liverpool
– superman
– manutd
– ashley
– michael
– cowboys1
– iloveyou
– abc123

Jika 10 kata laluan ini masih digunakan korang, bolehlah menukarnya segera dan gunakanlah kata lalu yang lebih kukuh dan rekodkanlah kata laluan berkenaan di satu tempat sebagai rujukan sekiranya terlupa.

Untuk rekod, digit “123456” sahaja sudah digunakan oleh 23.2 juta pengguna manakala “123456789” digunakan oleh 7.7 juta orang.

Manakala, kata laluan “qwerty” dan “password” juga masing-masing telah digunakan hampir 3 juta pengguna seluruh dunia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas