Connect with us

Oh! Media

Trump Tetap Mahu Hentikan Peranan AS Sebagai Polis Dunia

Umum

Trump Tetap Mahu Hentikan Peranan AS Sebagai Polis Dunia

Setelah sekian lama Amerika Syarikat dilihat cuba menjadi polis dunia yang kononnya ingin menjadi penyelesai masalah kepada apa-apa situasi yang berlaku. Terkini, Presiden Donald Trump telah melakukan lawatan mengejutnya ke zon konflik Iraq bagi menyatakan keputusannya untuk membawa tentera berundur dari Syria dan menghentikan peranan AS sebagai polis dunia.

Ia adalah kunjungan pertama beliau ke pangkalan tentera udara AS itu sejak dilantik sebagai presiden dua tahun lalu. Pemimpin AS itu dikatakan bertemu lebih 100 anggota pasukan khas AS dan turut mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin tentera sebelum berlepas beberapa jam kemudian, kata wartawan AFP.

Pertemuan awal yang dijadual dengan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahdi turut dibatalkan dan digantikan dengan perbualan di telefon, kata pejabat pemimpin itu.

IKLAN

Trump dikritik hebat selepas dikatakan enggan melawat anggota tentera AS di pangkalan berkenaan sejak dilantik sebagai presiden. Spekulasi yang tersebar sebelum ini terbukti benar apabila Trump akhirnya berkunjung ke Al-Asad susulan keputusan kontroversi beliau untuk mengurangkan tentera AS di Afghanistan dan berundur sepenuhnya dari Syria.

“Adalah tidak adil untuk kita menanggung semua bebanan itu. Kita tidak mahu negara-negara terbabit terus mempergunakan kehebatan ketenteraan kita untuk melindungi mereka. Ini mengarut,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas