Connect with us

Oh! Media

Trump Cadangkan Apple Jadikan AS Sebagai Hub Pembuatan iPhone

Umum

Trump Cadangkan Apple Jadikan AS Sebagai Hub Pembuatan iPhone

Syarikat Apple sekarang dilihat semakin tertekan apabila mula dibuli oleh negara-negara besar seperti China yang telah mengharamkan penjualan iPhone di negara terbabit, sedangkan selama ini Apple telah menjadikan negara China sebagai hub pembuatan produk mereka.

ADVERTISEMENT

Kesan dari itu, Apple mungkin akan memilih negara India sebagai hub pertama pembuatan mereka selepas ini.

Walaubagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini turut terpanggil untuk mengulas lanjut mengenai kejatuhan harga saham Apple. Berdasarkan kenyataan Trump, beliau menyarankan Apple untuk membuka kilang di Amerika Syarikat.

Trump turut menyuarakan pendapat beliau dimana beliau kurang berkenan dengan idea Apple yang menghasilkan iPhone dan iPad di China dimana negara tersebut banyak memberi masalah buat Apple.

Trump dilihat terpaksa mengulas perkara terbabit ekoran perang ekonomi yang sedang berlaku di antara dua negara besar terbabit dan Apple dilihat menjadi mangsa.

Setakat ini nilai syarikat telahpun menjunam dengan teruk dimana syarikat mereka yang dinilai pada kadar $1 trilion beberapa bulan lalu kini dinilai pada kadar $674 bilion.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas