Connect with us

Oh! Media

Umum

Trump Berdegil, Tidak Mahu Wajibkan Pemakaian Mask Atas Alasan Kebebasan!

Amerika Syarikat antara negara yang berdepan peningkatan kes setiap hari namun presidennya, Donald Trump masih berdegil untuk tidak mengeluarkan arahan mewajibkan pemakaian mask ke atas rakyatnya. Bahkan dia juga berikrar untuk tidak mengarahkan rakyatnya memakai mask berkenaan meskipun pemakaian mask adalah salah satu langkah pencegahan. Ini kerana dia mahukan rakyatnya mempunyai kebebasan tertentu.

Sumber gambar dari CNN

Trump yang pernah memakai mask ketika berada di tempat awam sebelum ini bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan arahan pemakaian mask sehinggakan isu pemakaian mask menjadi isu yang dipolitikkan di negara berkenaan. Ini kerana sebahagian besar pemimpin negeri di Amerika telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan pemakaian mask terutamanya ketika berada di tempat awam.

IKLAN
Sumber gambar dari Los Angeles Time

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Robert R Redfield berkata, mask adalah alat perlindungan diri paling berkesan dalam usaha memperlahankan penyebaran virus dalam komuniti.

OHMEDIA: KITA PERLU BERSYUKUR KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK TATKALA PANDEMIK SEMAKIN MELANDA MESKIPUN BUKAN DIPILIH SECARA DEMOKRASI. MUNGKIN ADA HIKMAH UNTUK SESUATU PERKARA TERJADI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Trump tidak mahu mewajibkan pemakaian mask di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas