Connect with us

Oh! Media

Tony Fernandes Cadangkan KLIA 2 Dijadikan Zoo Untuk Kurangkan Cukai

Umum

Tony Fernandes Cadangkan KLIA 2 Dijadikan Zoo Untuk Kurangkan Cukai

Berikutan dengan isu yang dibangkitkan oleh pemilik penerbangan tambang murah Air Asia, Tony Fernandes, dalam satu status di Facebooknya telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan sarang lebah dengan ayat berseloroh mencadangkan agar KLIA 2 perlu dijadikan zoo sebagai salah satu cara untuk mengurangkan cukai lapangan terbang.

ADVERTISEMENT

“Sekarang kita ada lebah di klia2. Kita ada ulat, tikus dan sekarang lebah. Mungkin (boleh bina) zoo atau (jual) madu klia2. Boleh jana pendapatan baru bagi mengurangkan cukai lapangan terbang,” katanya.

Sebelum ini, telah kecoh juga dengan isu tikus dan ulat sampah yang dilihat berada dalam kawasan ruang legar KLIA 2.

Walaubagaimanapun, kehadiran sekumpulan lebah di luar cerminQ4 KLIA 2 disifatkan perkara biasa, malah serangga itu akan akan beredar sekiranya hujan atau angin kencang.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya mendapati lebah berkenaan kebiasaannya akan muncul di kawasan itu sekitar jam 10 hingga 11 pagi.

“Kami menyedari kehadiran sekumpulan lebah itu di Q4 klia dan sahkan bahawa ia bukan sarang lebah.

“Kami sentiasa memantau perkara ini. Jika sehingga petang ini, lebah berkenaan tidak beredar, kami akan mendapatkan khidmat kawalan serangga perosak bagi menghalau lebah berkenaan termasuk menghalangnya daripada membuat sarang.

“Kami akan menghalau lebah berkenaan sekitar jam 8 malam ini sekiranya serangga berkenaan masih berada di situ. Kawalan itu akan dilakukan pada waktu malam atas faktor keselamatan kerana sangat bahaya menghalau kumpulan lebah itu pada waktu siang,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas