Connect with us

Oh! Media

TNB Bakal Didenda Oleh Suruhanjaya Tenaga? Seriously?!

untitled 1png

Umum

TNB Bakal Didenda Oleh Suruhanjaya Tenaga? Seriously?!

Mendedahkan perkembangan terbaru, syarikat pembekal tenaga elektrik utama negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dan ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna. oleh Yeo Bee Yin.

Dipetik dari Metro, ST sedang menyenaraikan jumlah kesalahan dilakukan TNB sebelum mengumumkan penalti yang perlu dibayar syarikat berkenaan. Berdasarkan siasatan awal,Yeo Bee Yin mendapati TNB melakukan kesalahan kerana tidak menepati prestasi perkhidmatan piawai ditetapkan kementerian dalam menyediakan perkhidmatan elektrik, baru-baru ini.

Bee Yin berkata, sebagai penyedia perkhidmatan dan pemegang lesen, TNB seharusnya patuh dengan prestasi perkhidmatan piawai supaya tidak membebankan pengguna dan menjadi lebih baik.
Tambahnya lagi, sebagai pengawal selia, ST bertindak lebih tegas terhadap penyedia perkhidmatan dan sekiranya kesalahan dikesan, tindakan sewajarnya akan dibuat.

IKLAN
Sumber : MyMetro
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas