Connect with us

TMJ Ucap Terima Kasih Kepada Tun Mahathir

Umum

TMJ Ucap Terima Kasih Kepada Tun Mahathir

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana menghadap ayahandanya, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ia disampaikan oleh TMJ melalui twitter miliknya yang berkata,“Assalamualaikum @chedetofficial. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor untuk menghadap ayahanda DYMM Tuanku Sultan.

“Saya harap kita boleh bekerjasama dan melangkah ke hadapan untuk negara yang lebih baik. Semoga berjaya dan semoga anda dalam keadaan baik,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir meluangkan masa selama 90 minit bertemu dengan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top