Connect with us

Oh! Media

TMJ Kecewa Terhadap Apa Yang Berlaku Pada Penjualan Tiket

Umum

TMJ Kecewa Terhadap Apa Yang Berlaku Pada Penjualan Tiket

Tunku Ismail Sultan Ismail yang merupakan pengerusi Malaysia Football League (MFL) menunjukkan rasa kecewa terhadap permasalahan yang berlaku pada penjualan tiket perlawanan akhir Piala AFF kali ini.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata, perkara itu memerlukan penyelesaian dan antara cadangannya adalah mendengar sendiri solusi dan idea daripada penyokong selain dibantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku berkenaan penjualan tiket final Piala AFF Suzuki. Saya berharap penyokong boleh memberikan idea mengenai solusi untuk isu penjualan tiket.

“Saya juga berharap FAM juga akan mencari jalan penyelesaian, perkara ini tidak boleh berterusan,” katanya menerusi Twitter peribadinya, sebentar tadi.

Sementara itu, dalam Tweet berasingan, Tunku Ismail turut menyatakan kesediaannya untuk membantu arena bola sepak tanah air menyelesaikan perkara berhubung penjualan tiket di masa hadapan.

“Saya turut akan cuba sebaik mungkin untuk mecari jalan penyelesaian supaya isu ini tidak berulang pada masa akan datang. Ia kerana penyokong adalah nadi bola sepak,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas