Connect with us

Oh! Media

TMJ Ditemani Ozil dan Beckham di Stadium Emirates

71545285643 tmjoziljpg

Umum

TMJ Ditemani Ozil dan Beckham di Stadium Emirates

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan perlawanan bola sepak bersama David Beckham dan Mesut Ozil di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

“Tunku Ismail dijemput oleh Beckham dan Ozil untuk menyaksikan perlawanan ‘North London Derby’ antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

“Tunku Ismail turut menerima hadiah daripada Ozil,” menurut keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.

IKLAN

Gambar yang dimuat naik itu menyaksikan Tunku Ismail ditemani Beckham dan Ozil menonton perlawanan di tempat duduk khas di Stadium Emirates.

Pada perlawanan itu, Arsenal tewas 0-2 di tangan Spurs dalam aksi suku akhir Piala Liga menerusi jaringan Son Heung-min dan Dele Alli.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas