Connect with us

Oh! Media

Timbalan MB Kelantan Lelong Keris Peribadi, Kumpul Dana Bantu Palestin

Timbalan Mb Kelantan Lelong Keris

Umum

Timbalan MB Kelantan Lelong Keris Peribadi, Kumpul Dana Bantu Palestin

Selepas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bertindak menjual kereta kesayangannya untuk mengumpulkan dana membantu Palestin, tidak terlepas juga usaha yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dikatakan melelong empat bilah keris iaitu koleksi peribadinya bagi tujuan yang sama bagi membantu Palestin.

Mohd Amar melalui hantarannya di laman Facebook baru-baru ini dengan tajuk Lelongan Amal Untuk Palestin menyatakan hasrat untuk menjual keris beliau yang telah disimpan selama 30 tahun demi memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin.

186532512 3735872979875466 5624221145925204907 n
Gambar keris yang dikongsikan dalam hantarannya di laman Facebook barubaru ini

Saya berhasrat untuk melepaskan beberapa koleksi saya untuk tujuan amal dana Palestin. Antaranya ialah sebilah Keris Melela Lok 5 hasil tukang Kelantan (Arwah Stopa), bertatah perak, lok cun, hulu pipit teleng, serta gelang dan kasut putih.

Melalui hantaran yang sama, beliau turut menyatakan bahawa semua wang terkumpul akan disumbangkan kepada tabung amal Palestin.

IKLAN

Seratus peratus hasil lelongan ini akan didermakan kepada #Aid4Palestine. Insya Allah. Semoga dipermudahkan

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Amar telah mensasarkan kutipan minima bagi penjualan empat bilah keris itu sebanyak RM20,000.

Tunggu pengumuman selanjutnya selepas ini… bermula dengan koleksi keluarga dan kesemua koleksi keris ini ada yang lama dan baharu.

Ramai dalam kalangan netizen yang telah meninggalkan komen berunsur pujian keatas usaha Datuk Mohd Amar mengumpulkan dana dengan menjual barangan koleksi peribadi selain terdapat juga netizen yang berminat untuk membelinya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas