Connect with us

Oh! Media

Tiket Dengan Harga Promosi Buat Penyokong Harimau Malaya

Umum

Tiket Dengan Harga Promosi Buat Penyokong Harimau Malaya

Berikutan dengan kehangatan Final AFF Suzuki di antara Malaysia dan Vietnam, AirAsia yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah telah menawarkan tiket penerbangan dengan harga terendah buat semua penyokong Harimau Malaya yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

ADVERTISEMENT

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tawaran itu dibuat bagi memastikan lebih ramai penyokong Malaysia dapat ke Hanoi untuk memberikan sokongan kepada pemain negara nanti.

“Malaysia memerlukan sokongan sebanyak mungkin. Semasa saya di Hanoi, saya melihat rakyatnya begitu menggila dan mereka telah menang.

“Kita (AirAsia) akan cuba aturkannya. Apa yang kita cuba lakukan adalah, penerbangan akan berlepas melalui Bangkok (jika tiada penambahan slot penerbangan dari Malaysia) dan kita akan cuba menggunakan kapal terbang yang lebih besar.

“Sekiranya kita mendapat slot dan hak dan kita akan cuba menambah bilangan kapal terbang juga,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ultras Malaya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas