Connect with us

Oh! Media

Tiga Ancaman Bom Dikesan Di Sekitar Kuala Lumpur

Umum

Tiga Ancaman Bom Dikesan Di Sekitar Kuala Lumpur

Kuala Lumpur terima ancaman bom? Maklumat ini Ohmedia peroleh apabila terbaca keratan akhbar mengatakan bahawa semalam orang awam telah menjumpai satu objek misteri dan ia diperayai alat Letupan Termampat atau IED.

ADVERTISEMENT

Namun, kita bernasib baik kerana pihak polis di bawah Unit Pemusnah Bom (UPB) mengesahkan bahawa ia merupakan Bom Letupan Termampat yang tidak sempurna yang dijumpai di laman sebuah rumah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Apapun, pada malam tadi pula, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata 9 malam tadi mereka menerima maklumat bahawa ada satu lagi ancaman bom yang diletakkan di sekitar KL Sentral.

Setakat ini, tidak menjumpai sebarang objek mencurigakan serta dipercayai maklumat diberikan adalah maklumat palsu.KL Sentral setakat ini masih selamat dan tren serta perniagaan sekitar KL Sentral telah ditutup sekitar 11 malam, katanya.

Sebenarnya memang banyak ancaman bom yang diterima pihak polis, tetapi kita dapat lihat sehingga kini ianya adalah palsu dan pihak polis kita boleh lihat amat pantas menangani perkara ini. Seperti sebelum ini, pihak polis turut menerima ancaman bom di Kedutaan Russia, Jalan Ampang dan ia juga palsu, kata ketua polis Kuala Lumpur.

Sekiranya orang awam ada sebarang maklumat, boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau Pusat Kawalan IPD Brickfields 03 22979268, katanya.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas