Connect with us

Oh! Media

(Inspirasi) Bapa Kerja Kuat Sebagai Seorang Pengutip Sampah, Tiga Orang Anak Berjaya Masuk Univiersiti

ohmedia2bkutip2bsampahpng

Umum

(Inspirasi) Bapa Kerja Kuat Sebagai Seorang Pengutip Sampah, Tiga Orang Anak Berjaya Masuk Univiersiti

Hari ni, Ohmedia kongsi sedikit satu kisah dimana seorang bapa telah bekerja sebagai seorang pengutip sampah dan hasilnya berjaya membawa anak-anaknya masuk ke Universiti. Inilah kisah Ismail Ahmad, Nor Hamdan Mat dan Mohd Asri Yusoff yang sanggup untuk bekerja sebagai seorang pengutip sampah tanpa hiraukan bau busuk dan kotor.

Mereka bertiga yang merupakan seorang bapa itu telah bekerja selama lapan jam sehari dan bertugas sebanyak dua kali bagi membersihkan lorong belakang dan tepi jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Memetik laporan FMT, Imasil berusia 59 tahun itu bersyukur kerana dengan hasil titik peluhnya selama ini mampu menanggung keluarga bersama empat orang anak-anaknya tanpa mengabaikan pendidikan mereka.

IKLAN

Tiga anak saya belajar di universiti. – Katanya.

Rakannya Hamdan pula menyifatkan pekerjaan sebagai seorang pembersih sampah ini bukanlah pekerjaan yang teruk sangat dan ia merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukanlah satu kerja yang tidak bermaruah, asalkan kerja yang dilakukan halal.

Mereka turut berkongsi yang kerja mereka semakin sukar apabila semakin ramai individu yang tiada kesedaran sivik dengan membuang sampah sesuka hati, termasuk puntung rokok. Jadi, marilah kita bersama-sama peka dengan keadaan sekeliling dan terima kasih Ismail, Hamdan serta Asri kerana terus melakukan tugasan mulia ini.

Sumber: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas