Connect with us

Oh! Media

Tidak Mampu Beri Susu Badan, Bayi Berumur Dua Hari Di Tinggalkan

Umum

Tidak Mampu Beri Susu Badan, Bayi Berumur Dua Hari Di Tinggalkan

ADVERTISEMENT
Hanya kerana tidak mampu memberi susu badan selepas bersalin, seorang wanita sanggup meninggalkan bayi yang baru dua hari dilahirkannya di sebuah rumah di Kampung Pompod, Kota Belud, Sabah. Wanita itu turut meninggalkan nota merayu agar pemilik rumah berkenaan menjaga bayinya seperti anak sendiri dengan alasan menghadapi masalah kewangan yang dihadapinya

Antara isi kandungan nota berkenaan ialah pengakuan bahawa bayi yang dinamakan sebagai Yusuf itu belum merasai walau setitik susu badan ibunya.

“Sejak lahir Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf,” kata wanita berkenaan dalam nota yang ditinggalkan.

Bayi itu ditinggalkan hanya berbalut kain, ditinggalkan di kerusi di hadapan sebuah kediaman itu disedari pemilik rumah berusia 33 tahun selepas terdengar tangisan jam 5.30 pagi. Pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani itu tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi.

Setakat ini, difahamkan bayi berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh badannya. Pihak polis akan menghantar pengadu dan bayi ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian DNA untuk mengenalpasti hubungan mereka.
Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas