Connect with us

Oh! Media

Tidak Kisah Video Dirinya Tular – ‘Deyy Challenge’

Umum

Tidak Kisah Video Dirinya Tular – ‘Deyy Challenge’

Berhubung satu video yang menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge, seorang ahli perniagaan, S Kanagarajah berkata ‘Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah,’.

ADVERTISEMENT

Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.

“Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.

“Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, sekumpulan lelaki memasuki kuil dengan membawa senjata tajam.

“Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

“Jadi kami mahu lindungi mereka,” katanya.

Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.

“Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang,” katanya.

Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.

“Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu tular.

Sumber: Sinar Harian

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas