Connect with us

Oh! Media

Thailand Negara Rantau Asia Pertama Luluskan Penggunaan Ganja

201701231409591 20070327123839 696x463jpg

Umum

Thailand Negara Rantau Asia Pertama Luluskan Penggunaan Ganja

Bersempena denga sambutan tahun baru, Thailand telah mengumumkan untuk meluluskan penggunaan ganja untuk penyelidikan dan perubatan. Keputusan itu, sekali gus menjadikan Thailand negara Asia pertama yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia dalam membenarkan dadah itu.

Keputusan yang dilakukan dan dipersetujui dalam sesi parlimen tambahan sebelum cuti Tahun Baharu itu telah meminda Akta Narkotik 1979 dan Thailand telah mempunyai tradisi menggunakan ganja untuk mengurangkan rasa sakit dan keletihan sehingga 1930-an.

“Ini adalah hadiah Tahun Baharu daripada Dewan Perundangan Nasional kepada kerajaan dan rakyat Thailand,” kata pengerusi jawatankuasa penggubal, Somchai Sawangkarn.

IKLAN

Walaupun begitu, kini Thailand bakal berdepan dengan masalah permohonan paten daripada kalangan syarikat asing dan ini membolehkan mereka mendominasi pasaran.

Keadaan itu akan menyebabkan kesukaran kepada pesakit Thailand mendapatkan ubat-ubatan dan penyelidik Thailand mendapat ekstrak ganja.

“Kami akan menuntut kerajaan menarik balik semua permohonan paten, sebelum undang-undang ini dilaksanakan,” kata Dekan Institut Perubatan Bersepadu dan Anti Penuaan Rangsit, Panthep Puapongpan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas